“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
“Something is better than nothing”
PERSEDIAAN EMOSI
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan,ANDA perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi;
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat
peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindak balas secara spontan terhadap sesuatu
yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi
tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau rakan
membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa
berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin
rasa tersinggung dan kecil hati.
Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku
dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu
memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati
berkekalan berhari-hari.
Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan
sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja,
mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara,
biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan
bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat
peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan
akan mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi.
Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita
boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua
perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut
yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan
ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu
membenteng emosi anda.
No comments:
Post a Comment
moh..komen sameII