Wednesday 9 January 2013

Munsyi?




(x cukup masa menjawab?)

Maklumat ini memang sangat-sangat berguna sebab sekurang-kurangnya saya tahu ujian ini 
berkaitan dengan minat dan personaliti calon. Dalam erti kata yang lain ujian ini tidaklah 
sesukar mana. Cumanya jawapan yang dipilih perlu sesuai dengan kursus yang dipohon, bagi 
meyakinkan pihak universiti bahawasanya pilihan kita itu adalah berdasarkan minat dan personaliti 
kita (walaupun realitinya tidak!).

cth soalan, Adakah anda seorang yang menawan? (beginilah bentuknya)
----------> menguji tahap confident level

Perlu diingat (kepada sesiapa yang membaca artikel ini) saya  bukanlah arif benar 
tentang ujian MUnSyI, tetapi saya merupakan bekas pelajar yang pernah menduduki ujian 
tersebut dan berjaya lulus.
Tapi berdasarkan apa yang saya faham, cara yang saya nyatakan di atas (“…jawapan yang dipilih 
perlu sesuai dengan kursus yang dipohon…walaupun realitinya tidak…”) adalah rumusan daripada 
apa yang saya faham tentang langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya anda mahu juga ambil 
kursus yang tidak sesuai dengan minat dan personaliti anda.

Soalan MUnSyI yang saya telah jawab  mengandungi 310 soalan yang perlu dijawab dalam 
masa sejam. Soalan-soalannya merangkumi minat, bidang pekerjaan, personaliti dan sebagainya.

Rata-rata calon-calon akan merungut tak cukup masa untuk menjawab soalan tersebut. Tapi 
alhamdulillah saya ada cukup masa untuk menyemak semua jawapan, malah masih berbaki beberapa 
minit sebelum masa menjawab tamat. Rahsianya? Kira masa yang anda boleh luangkan untuk 
menjawab satu soalan, dan jangan menjawab (dan menghitamkan jawapan) melebihi masa itu.

Cara pengiraan masa untuk menjawab satu soalan adalah seperti berikut. (Kira-kiranya mudah saja, 
tapi bagi mereka yang bidang kebolehannya selain subjek Matematik mungkin akan mengalami 
masalah untuk mengira)

Jumlah soalan: 310
Jumlah masa: sejam/60 minit

  • Kira masa dalam saat: 60 minit darab 60 saat = 3600 saat
  • Bahagikan masa dengan jumlah soalan: 3600 saat bahagi 310 soalan = 11.6129 atau 12 saat untuk satu soalan

Bagi mereka yang telah membuat pengiraan ini mungkin tidak ada masalah untuk mengurus masa 
menjawab soalan. Jadi, kepada calon-calon yang bakal menduduki ujian MUnSyI mungkin ilmu ini anda 
dapat manfaatkan. Jumpa anda di universiti!!

semoga yg nk mohon USM akn berjaya menjejakkan kaki ke sini ok..

" menara ilmu tercinta "

No comments:

Post a Comment

moh..komen sameII