Friday 21 June 2013

Kualiti Tidur

 Bissmillah.
   Kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang bertungkus lumus belajar untuk meenghabiskan final exam, semoga kita tidak menggadaikan waktu tidur kita.
                        Dapatkan tidur yang secukupnya.
 Kajian menunjukkan pelajar yang mendapatkan tidur yang cukup mampu membantu otak untuk membina memori yang baik dan memudahkan proses belajar atau penyerapan ilmu pada hari esoknya.
Namun apabila waktu tidur kita terjejas, bukan sahaja memori dan proses penyerapan ilmu kita terganggu. Ketahanan badan juga terjejas. Selain itu, orang yang tidak cukup tidur juga akan beremosi tidak tentu hala. Pernah kan kita memuji kawan kita seperti ini :
'Awak nampak cantik hari ini'
Lalu kawan kita balas : 'Apa cantik-cantik!!!'
Tiba-tiba sahaja beremosi. Mungkin tidak cukup tidur agaknya.
sendiri juga belum cukup tidur =)
Semoga dapat perbetulkan semula jam tidur, oh nikmatnya. 
Kepada mereka yang masih punya paper, selamatlah ke atas diri anda (termasuk diri sendiri), dan kepada mereka yang sudahpun berkemas mahu pulang ke tempat asal, aku doakan semoga selamat sampai ke destinasi.
salam subuh wahai sahabat.

No comments:

Post a Comment

moh..komen sameII