Wednesday 31 July 2013

Alhamdulillah ^^







Bismillah.
Salamualaikum,salam sejahtera ke ats kamu.

Bersyukur kepada ALLAH, tuhan sekalian alam, tuhan yg menghidupkan manusia supaya terus menerus memanjatkan syukur kepadaNya.. allahurabbi..

     Harini, tepat jam 9 pagi tadi keputusan exam bg semester II telah pun keluar. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan mengucapkan syukur atas kurniaanNya. Semalam kita tidur dengan segala harapan baru, dan harini kita bangun dengan impian yang bakal dilaksanakan. Sesungguhnya, rezeki ALLAH itu sangat luas buat hambanya yang tidak pernah jemu berharap dan berdoa.


" kita tidak selamanya gagal, kita sudahpun berjaya di alam rahim ibu lagi, apabila kita dilahirkan kita diseru                       pula oleh seruan azan " haiya'alal falah " (marilah menuju kejayaan) "


lihatlah bagaimana hebatnya ciptaan ALLAH, sesempurna kejadian yang dicipta untuk menjadi khalifah di bumi ini.

          jika harini kita belum berjaya,semaklah hubungan kita dengan manusia dan juga Pencipta,

                                            " HablumminnALLAH,Hablumminnas"

masih sempat lagi kita perbaiki apa yang kurang, semoga sentiasa berada dalam lembayung rahmatNya.
Tidak terlepas kepada diri sendiri juga, selalu buat salah, AKU PENDOSA TANPA NOKTAH!
dan aku yakin, pintu taubat sentiasa terbuka seluas-luasnya dan tidak ada yg menjadi penghalang kepada sesiap sahaja yang mahukannya.


Ramadhan masih berbaki?

"Sabda Rasullullah; permulaan ramadhan adalah rahmat, pertengahan nya adalah pengampunan, dan pengakirannya adalah pembebasan dripada api neraka."

pasti ramai yg mengambil peluang yg hanya setahun sekali, mudah-mudahan segala urusan kita ini diredhai ALLAH.

tidak lupa ramai umat islam menantikan saat-saat ini dimana berlakunya malam Al-Qadr, sebaik malam bersamaan 1000 bulan. ( ya ALLAH, engkau golongkanlah kami semua dala kalangan mereka yg merasainya) :')



p/s: selamat menjalani ibadah puasa,semoga ramadhan ini memberi penuh makna (insyaALLAH)

aku kuat kerana aku redha, aku kuat kerana aku bangun dripada masa lalu ku, aku kuat kerana bersandarkan kepada Pencipta, aku bahagia, aku bahagia, aku bahagia.. sekian.





No comments:

Post a Comment

moh..komen sameII